About Lythra

Sebelum ini dikenali sebagai Anna Henna MY dari 2012 - 2018. Pada 2019, penjenamaan semula telah dilakukan dan kini kami dikenali sebagai Lythra Henna (telah daftar SSM). Lythra menawarkan perkhimatan dan produk berasaskan inai, kecantikan dan lain-lain produk. Lokasi kami di Lembah Klang, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan, Kuala Lumpur & Selangor.

Hukum

 Hukum memakai inai bagi kaum wanita adalah diharuskan
Namun hanya sekadar di tangan hingga ke pergelangan tangan sahaja, dan tidak melukis/mencorak dengan gambar/lukisan yang dilarang seperti haiwan, logo yang berkaitan dengan ajaran yang sesat atau sebagainya. harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup.

Perlu diingatkan, lelaki adalah dilarang (haram) memakai inai sekiranya untuk perhiasan diri. Ia hanya untuk hiasan diri kaum wanita sahaja. Jika untuk perubatan (cagu/sakit kuku), ia dibolehkan.



Petikan dari forum pertanyaan JAKIM

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

    Wallahu ‘alam.

     http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

No comments:

Post a Comment