Assalamualaikum WBT
Petikan kali ini akan menerangkan tentang perbezaan tatoo dan inai.

Lihat gambar diatas, diluar negara orang kafir berleluasa memakai tattoo sehingga mencipta mesin untuk melukis tattoo.
Kemusykilan mengukir inai ini menbuatkan saya ingin menjelaskan perbezaan antara inai dan tatoo. Kedua-dua benda ini adalah sangat berbeza sama sekali.
Inai merupakan sejenis bahan yang bermaksud bahan yang digunakan untuk
memerahkan kuku, jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai
dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan
diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan aksesori
di tubuh seorang wanita. Inai tidak akan berkekalan selamanya ditubuh kita.


Adakah memakai inai menyakitkan kita??? Renungkan kembali...
Tatoo merupakan sejenis alat,
sejenis hiasan yang ditusuk ditubuh dan berkekalan. Pemakaian tattoo
salah disisi agama Islam kerana menghalang pengaliran wuduk dan
menyakitkan si pemakai.

Bukankah sakit memakai tatto sehingga keluar darah untuk mengukir?? Nauzhubillah..
Silalah baca petikan dibawah untuk maklumat yang lebih terperinci.
Tatu
ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan
ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing,
sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian
badan mereka.
Bagi
mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau
seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang
dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu
menjadi biru atau seumpamanya.
Tujuan
bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak
kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan
melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang
salib pada bahagian badan mereka.
Perbuatan
itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram.
Banyak
hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan
tatu.
"Daripada
Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat
perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang
menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan
tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pensyarah
dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman,
dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin
besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti
badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu
itu.
Beliau berkata,"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu."
Fatwa
dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang
melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara
yang selamat dan tidak memudaratkannya.
"Jika
tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang
tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti
sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."
Firman Allah bermaksud,
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung
dosa kejahatan diusahakannya."
~ surah al-Baqarah, ayat 286
Dari
Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : "Allah mengutuk wanita yang
mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita
lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang
membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)"
(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Perkataan
TUSUKAN yang diterangkan disitu jelas menyatakan cara pemakaian tatoo.
berbeza sama sekali dengan cara pemakaian inai yang tiada sebarang
kesakitan atau penyiksaan.
Jauhilah aku dari sebarang kemusykilan dan kemungkaran..Sesungguhnya aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang bersubahat. Nauzubillah.
Wallahu ‘alam.
Picture from google
No comments:
Post a Comment